Ahmad Akiff Ahmad Fahmi dan Nur Nuha Syuraihah Nor Ramzani meluangkan masa membaca buku ketika Pesta Buku Kanak-kanak Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 28 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pesta buku kanak-kanak dari 24-28 Julai, banyak aktiviti untuk seisi keluarga

SHAH ALAM, 21 JULAI: Orang ramai dipelawa memeriahkan Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam, dari 24 hingga 28 Julai ini.

Acara anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu menawarkan pelbagai jenis buku dengan diskaun menarik selain dimeriahkan aktiviti untuk seisi keluarga.

“Tanda kalendar anda dan bersedia untuk jadual yang padat dengan aktiviti, persembahan menarik dan cabutan bertuah RM500 kepada 20 pemenang setiap hari. Datang beramai-ramai ya!,” maklum PPAS di Facebook.

Pada 13 Julai, pengarah PPAS berkata lebih 100,000 pengunjung disasar hadir ke Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor

Datin Paduka Mastura Muhamad memaklumkan pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya bengkel melukis dan menghasilkan komik daripada tenaga pengajar berpengalaman termasuk sesi bual bicara bersama ilustrator dan penulis buku.

Pesta buku itu juga menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 sepanjang lima hari berlangsung.

Selangor julung kali menganjurkan pesta buku kanak-kanak pada Julai tahun lepas bagi menggalakkan budaya membaca selain pengembangan industri.

Negeri ini juga sejak 16 tahun lalu turut mengadakan Pesta Buku Selangor yang dijenamakan sebagai Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) mulai 2022.

 


Pengarang :