Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Perumahan, Borhan Aman Shah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada p[enerima ketika Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor Peringkat Majlis Perbandaran Selayang di Padang Awam, Pinggiran Batu Caves, Gombak pada 14 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rewang Komuniti Strata MPS meriah, 70 penduduk B40 terima bakul makanan

GOMBAK, 14 JULAI: Dato’ Menteri Besar merasmikan Rewang Komuniti Strata peringkat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang berlangsung dua hari sejak semalam.

Dalam program di padang awam Taman Pinggiran Batu Caves, Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 penduduk berpendapatan rendah (B40).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Perumahan Borhan Aman Shah melakukan gimik pelancaran ketika Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor Peringkat Majlis Perbandaran Selayang di Padang Awam, Pinggiran Batu Caves, Gombak pada 14 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Ahli Parlimen Gombak itu ketika ditemui berkata program yang bermula di Pandan Indah, diikuti Kota Damansara akan diteruskan ke Hulu Langat selepas ini.

“Ini merupakan penganjuran kali ketiga. Kita sasarkan 10 atau 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) akan anjurkan program ini dengan peruntukan RM500,000 setahun.

“Program ini bukan hanya dapat mendekatkan diri kepada masyarakat atau menjalankan program bersama-sama sebaliknya kita dapat tahu masalah dihadapi penduduk strata,” katanya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika bersarapan sempena Jelajah Parlimen Gombak di Suberi Nasi Kandar, Hulu Kelang pada 14 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, Amirudin dalam program Jelajah Parlimen Gombak meluang masa bersarapan dengan penduduk setempat di Suberi Nasi Kandar, Hulu Kelang sebelum meninjau program Selangor Saring di Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai, di sini.

Tahun lalu, program rewang itu diperkenal bagi memudahkan penduduk mendapat maklumat berhubung pentadbiran negeri yang mana Ampang dan Hulu Langat dipilih sebagai kawasan perintis.


Pengarang :