Wanita warga Palestin Nozha Awad melarikan diri bersama tiga anak kembarnya dari hospital Al Shifa berikutan serbuan Israel pada 21 Mac 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Ribuan keluarga bergantung air laut untuk minum, infrastruktur Gaza terjejas teruk

GAZA, 7 JULAI: Kemudahan sanitasi dan infrastruktur di Gaza kini terjejas teruk, menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Kemudahan sanitasi dan infrastruktur terjejas teruk, memaksa ribuan keluarga bergantung kepada air laut untuk mencuci, membersih malah minum.

“Kanak-kanak di Gaza menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari mengumpul air dan makanan, sering kali membawa beban berat dan berjalan jauh,” menurut UNRWA di platform X.

Israel meneruskan serangan genosid di Gaza tanpa menghiraukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang memerintahkan Tel Aviv menghentikan serangan di Rafah.

Israel melancarkan peperangan dahsyat di Gaza sejak 7 Oktober, mengorbankan sekurang-kurangnya 38,098 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 87,705 yang lain.

Lebih 10,000 orang gagal dikesan, dipercayai terkorban di bawah runtuhan di seluruh Gaza.

– BERNAMA-WAFA


Pengarang :