EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Selangor, Azmir Kassim bersama wakil setiap daerah pada Majlis penutup Persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Selangor 2024 di Geno Hotel, Subang Jaya pada 17 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR
EXCOSELANGOR

Selangor bakal lancar modul khas bantu ibu bapa urus anak istimewa

SUBANG JAYA, 17 JULAI: Selangor bakal melancar modul kesedaran dan keperluan penjagaan anak-anak kurang upaya masa terdekat.

EXCO kebajikan masyarakat berkata modul itu dibangunkan bagi membantu ibu bapa mengurus dan memantau perkembangan anak-anak istimewa.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari berucap pada Majlis penutup Persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Selangor 2024 di Geno Hotel, Subang Jaya pada 17 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Di bawah Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS), kita ada Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor dan telah melantik dua perunding daripada Permata Kurnia dan Universiti Teknologi Mara untuk membangunkan modul ini.

“Modul tersebut kini di peringkat draf pertama dan akan dibentang hujung bulan ini sebelum dilancarkan,” kata Anfaal Saari.

Beliau bekata demikian ketika berucap pada majlis penutup persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak di sini, hari ini.

Anfaal turut menjelaskan, modul berkenaan juga boleh dijadikan rujukan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi memantau perkembangan anak-anak istimewa.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Selangor, Azmir Kassim bersama peserta Persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Selangor 2024 di Geno Hotel, Subang Jaya pada 17 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Dalam perkembangan berasingan, Anfaal memaklumkan pihaknya akan memperluas pusat aktiviti kanak-kanak di masjid dalam memperkasakan institusi kekeluargaan.

“Pusat aktiviti di institusi agama ini adalah pendekatan baharu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan kini dibuka di Masjid As-Syarif, Meru.

“Sebelum ini, Jais hadkan keagamaan dan perkara tertentu sahaja, tetapi kini kita akan perluaskannya di masjid untuk jadikannya dalam memberi perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan,” katanya.


Pengarang :