EXCO Mobiliti Ng Sze Han Ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor cadang tubuh pusat data trafik, tumpu perluas capaian pengangkutan awam

SHAH ALAM, 11 JULAI: Selangor bercadang menubuhkan pusat penyelidikan dan analisis data trafik bagi menangani isu kesesakan bagi tempoh jangka panjang.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata Makmal Mobiliti Selangor berteraskan kecerdasan buatan (AI) akan mengumpul data pergerakan kenderaan di negeri ini secara masa nyata termasuk cadangan memperluas capaian pengangkutan awam.

“Kerajaan Negeri secara dasar meluluskan cadangan penubuhan Makmal Mobiliti Selangor di bawah Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

“Ia juga penyelesaian masalah kesesakan trafik di jalan-jalan utama dan kawasan-kawasan tumpuan yang terdapat di Negeri Selangor,” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (KSP RS-1) di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sze Han juga memaklumkan Kerajaan Persekutuan menyokong pelaksanaan Makmal Mobiliti Selangor kerana akan memberikesan positif kepada pengurusan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa melibatkan peruntukan daripada Putrajaya.

Mengenai Bas Smart Selangor, beliau berkata semua laluan perkhidmatan tersebut akan disusun semula pada suku keempat tahun ini.

“Kerajaan Negeri akan menyelaras semula laluan Bas Smart Selangor dan membangunkan pelan induk
Selangor Mobiliti berdasarkan data sedia ada seperti Sistem Pengangkutan Pintar Selangor (SITS), van transit atas permintaan (demand responsive transit atau DRT) dan laluan pejalan kaki,” katanya

 


Pengarang :