Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Tahun Baharu Cina di Kompleks 3k, SS13, Subang Jaya pada 9 Febuari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Seri Serdang, Kg Tunku antara empat lokasi jualan murah pagi ini

SHAH ALAM, 15 JULAI: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas pada harga murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) hari ini, bermula jam 10 pagi.

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Pusat Operasi KRT, LEP 5, Jalan LEP 5/3, Lestari Putra Seri Kembangan (Seri Serdang) dan Dewan Sukan Hospital Selayang (Bukit Lanjan).

Lokasi lain ialah tempat letak kereta LRT Taman Bahagia (Kg Tunku) dan gelanggang takraw Kg Sesapan Batu Minangkabau, Beranang (Semenyih).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :