Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Subsidi, bantuan psikiatri, kaunselor antara inisiatif Selangor tangani isu kesihatan mental

SHAH ALAM, 21 JULAI: Isu kesihatan mental akan lebih ditekan dan diberi perhatian sepanjang tahun ini termasuk penyediaan Hab Mental SEHAT (Selangor Mental Sihat) bagi membantu individu yang menghadapi masalah tekanan perasaan.

Ahli Penasihat Kesihatan Awam Negeri Dr Mohammad Farhan Rusli berkata beberapa tahun ini pentadbiran menjalankan pelbagai inisiatif sebagai usaha mengurangkan masalah mental termasuk membiayai sepenuhnya kos ubat.

“Kita faham kes kesihatan mental semakin meningkat dan sebab itu kita lancarkan pelbagai inisiatif untuk tanganinya. Antaranya program subsidi untuk menjalankan sesi bersama pakar psikiatri dan kaunselor bertauliah.

Ahli Penasihat Kesihatan Awam Selangor Dr Mohammad Farhan Rusli. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ini luar dari sistem Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kita turut sediakan Talian SEHAT untuk mudahkan pesakit membuat aduan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 11 Julai, EXCO kesihatan ketika sidang Dewan Negeri Selangor memaklumkan 10,459 kes gangguan mental dirujuk ke klinik kesihatan daerah dalam tempoh empat tahun dari 2020 hingga 31 Mac tahun ini.

Tahun 2020 merekodkan 1,858 kes diikuti 2021 (1,942), 2022 (2,065), 2023 (2,297) dan untuk 2024 hingga 31 Mac, 2,297 kes dilaporkan.

Klang menjadi daerah yang menerima jumlah pesakit tertinggi iaitu melebih 500 setahun, diikuti Petaling dengan lebih 400 pesakit dan Sepang mencatatkan lebih 300 pesakit bagi tempoh sama.


Pengarang :