Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata sebelah kanan. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan, lakukan prosedur pembedahan katarak mata

SHAH ALAM, 16 JULAI : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor kini berada di hospital bagi menjalani rawatan pemeriksaan kesihatan sepenuhnya.

Selangor Royal Office menerusi Facebook turut memaklumkan, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga akan melakukan prosedur pembedahan katarak mata sebelah kanan yang tertangguh selama lapan bulan.

Menerusi kenyataan sama, Baginda sebelum ini telah menjalani pembedahan sama untuk mata sebelah kiri.

“Baginda kini berada di hospital setelah dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani rawatan pemeriksaan kesihatan.

“Susulan prosedur ini, Baginda dijangka berada dalam fasa pemulihan selama 10 hari,” katanya.


Pengarang :