Penduduk wanita memotong daging beramai-ramai di Padang Awam Pandan Jaya pada 24 Februari. Sebanyak dua ekor lembu disediakan untuk program berkenaan
BERITA UTAMABUDAYARENCANA

Tradisi berzaman, rewang jelma semangat muhibah masyarakat Melayu

Rewang amalan sejak zaman-berzaman bagi memupuk semangat gotong-royong, kebersamaan dan hubungan muhibah dalam masyarakat Melayu.

Kerajaan Negeri menerusi jawatankuasa diterajui EXCO Perumahan Borhan Aman Shah menghidupkan semula tradisi itu di beberapa lokasi, khususnya di projek perumahan rakyat (PPR).

Program itu bermula dengan Rewang Komuniti Strata pada 24 dan 25 Februari di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya. Majlis tersebut dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program itu diikuti Rewang Sahur di Asrama Yayasan Selangor, Klang (23 Mac), Rewang Komuniti Strata di Ukay Perdana, Ampang Jaya (5 Mei) dan PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam (8 Jun).

Turut serta EXCO negeri Ir Izham Hashim dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Mohd Kamri Kamarudin.

Selain gambar Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Facebook Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, jurufoto FIKRI YUSOF, NUR ADIBAH AHMAD IZAM, HAFIZ OTHMAN dan REMY ARIFIN merakam kemeriahan program berkenaan. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

Amirudin mengumumkan bantuan RM1 juta Skim Ceria Indah bagi mengecat PPR Pandan Indah semasa ucapan perasmian di Padang Awam Pandan Jaya pada 24 Februari
Borhan, Mohd Kamri (dua, kiri) dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad bermesra dengan kanak-kanak di Ampang Jaya pada 5 Mei.
Dato’ Menteri Besar bersama Izham (dua, kanan) dan Borhan (dua, kiri) menyentuh skrin digital ketika perasmian program rewang di Ampang Jaya pada 24 Februari.
EXCO perumahan berucap melancar Program Didik Selangor sempena Rewang Aidilfitri di Ukay Perdana, Ampang Jaya pada 5 Mei. Sebuah perpustakaan mini bernilai RM130,000 dibina menerusi program itu
Tiga penduduk melapah daging lembu dalam aktiviti Rewang Komuniti Strata di Shah Alam pada 8 Jun. Acara dua hari itu dimeriahkan dengan sukaneka, majlis berendoi dan kenduri rakyat
Penghuni PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam bergotong-royong memotong sayur pada 8 Jun. Juadah 4,000 pengunjung dimasak dalam rewang berkenaan.
Pengunjung teruja bermain batu seremban di rewang Ampang Jaya pada 24 Februari. Permainan tradisi lain di majlis ini antaranya sepak raga bulatan dan baling tin.
Kanak-kanak leka mewarna ketika pertandingan dalam Rewang Komuniti Strata Ampang Jaya pada 24 Februari. Acara disertai 100 kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun
Dua remaja berebut bola sewaktu pertandingan futsal ketika program rewang di Padang Awam Pandan Jaya, Ampang Jaya pada 24 Februari
Petugas memeriksa kesihatan wanita di PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 8 Jun. Jabatan Kesihatan Negeri antara agensi yang turun padang memeriahkan rewang di situ
Sekumpulan kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain karom yang disediakan di pekarangan PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 8 Jun
Kumpulan pelajar perempuan Asrama Yayasan Selangor ceria menunggu bersahur. Yayasan tersebut menyumbang duit raya kepada pelajar dalam rewang itu
Dato’ Menteri Besar berucap di hadapan pelajar Asrama Yayasan Selangor, Klang sempena Rewang Sahur pada 23 Mac. Seramai 268 pelajar dan guru menghuni asrama berkenaan
Pendakwah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkongsi nasihat mengenai topik kekeluargaan di Padang Awam Pandan Jaya pada 24 Februari

Pengarang :