SHAH ALAM, 27 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 10 pagi.
Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Johor.
MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.