SHAH ALAM, 15 OGOS: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini.
Jualan Ehsan Rahmah (JER) menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).
Turut ditawarkan ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).
Berikut empat lokasi jualan murah berkenaan:
Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.
Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.