Orang awam berpayung meredah hujan ketika melintas jalan di Ipoh pada 25 September 2024. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 25 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat dilanda hujan lebat dan ribut petir hingga 2 pagi.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Pahang, Kuala Lumpur dan Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :