Penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Putrajaya pada 16 Ogos 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Pengurusan tertinggi perkhidmatan awam bertukar tempat, lantikan baharu

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan persekutuan hari ini mengumumkan beberapa perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam.

Ketua setiausaha negara berkata tindakan itu seiring hasrat melaksanakan reformasi perkhidmatan awam yang menuntut kepantasan dan ketangkasan dalam kepimpinan tertinggi.

Menurut Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, ia juga bagi membentuk kedinamikan sektor awam mendepani era baharu susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh perdana menteri.

“Ia juga manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Madani bawah kepimpinan perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.

Berikut senarai penempatan dan pelantikan baharu jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam:

  • Datuk Lokman Hakim Ali – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan
  • Datuk Seri Isham Ishak – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  • Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan
  • Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
  • Datuk Ruji Ubi – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
  • Datuk Azman Mohd Yusoff – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia
  • Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Datuk Awang Nik Jeman – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
  • Datuk Abd Shukor Mahmood – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Seri Azman Ibrahim – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
  • Muhammad Razman Abu Samah – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri

Pengarang :