Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Zulkurnain Che Ali bersama peserta Bengkel Pelan Strategik Operasi Bantuan Kecemasan dan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya 2.0 – Memperkasa Persiapan Hadapi Monsun Timur Laut 2024 di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah pada 2 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR
PBTSELANGOR

120 peserta sertai bengkel bantuan kecemasan, bincang pelan hadapi bencana

SUBANG JAYA, 2 OKT: Seramai 120 peserta menyertai Bengkel Pelan Strategik Operasi Bantuan Kecemasan dan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2.0 – Memperkasa Persiapan Hadapi Monsun Timur Laut 2024.

Berlangsung dua hari sehingga esok, Timbalan Datuk Bandar Mohd Zulkurnain Che Ali berkata bengkel itu dilaksana secara bersama antara MBSJ, polis, bomba, tentera, Unit Pengurusan Bencana Selangor dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Menurutnya, turut terlibat adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan Petaling, Pejabat Pendidikan Petaling Perdana, penghulu, ketua kampung dan Majlis Perwakilan Penduduk MBSJ.

“Objektif penganjuran bengkel ini untuk mengemas kini pelan bagi hadapi Monsun Timur Laut, bukukan pelan ini dan edar kepada setiap agensi pelaksana sebagai rujukan ketika bencana berlaku.

Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Zulkurnain Che Ali ketika sidang media Bengkel Pelan Strategik Operasi Bantuan Kecemasan dan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya 2.0 – Memperkasa Persiapan Hadapi Monsun Timur Laut 2024 di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah pada 2 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

“Malah, menerusi bengkel ini juga setiap agensi dapat meningkatkan keupayaan memberi bantuan dengan yakin dan tangkas selain menjadikan buku pelan sebagai rujukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Bengkel Pelan Strategik Operasi Bantuan Kecemasan dan Bencana MBSJ 2.0 – Memperkasa Persiapan Hadapi Monsun Timur Laut 2024 di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Negeri Seri Serdang Abbas Azmi menyambut baik kerjasama semua pihak dalam penganjuran bengkel selama dua hari itu.

Ahli Dewan Negeri Seri Serdang Abbas Azmi pada Bengkel Pelan Strategik Operasi Bantuan Kecemasan dan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya 2.0 – Memperkasa Persiapan Hadapi Monsun Timur Laut 2024 di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah pada 2 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

“Namun, saya saran MBSJ adakan libat urus juga dengan mana-mana badan bukan kerajaan, agensi, sukarelawan dan komuniti bagi memastikan urusan tangani bencana dapat diurus sebaiknya.

“Sekurang-kurangnya sebelum bantuan MBSJ tiba di kawasan bencana, ada pihak berkaitan seperti sukarelawan ini datang terlebih dahulu untuk bantu mangsa terjejas,” katanya.

Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Zulkurnain Che Ali bersama penerima sijil penghargaan pada Bengkel Pelan Strategik Operasi Bantuan Kecemasan dan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya 2.0 – Memperkasa Persiapan Hadapi Monsun Timur Laut 2024 di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah pada 2 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR
Antara peserta Bengkel Pelan Strategik Operasi Bantuan Kecemasan dan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya 2.0 – Memperkasa Persiapan Hadapi Monsun Timur Laut 2024 di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah pada 2 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

Pengarang :