Dato’ Menteri Besar menyampaikan cek cura RM1.54 juta, bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam ketika sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober
BERITA UTAMABUDAYARENCANA

Gemerlap Deepavali, dari sajian tradisi ke hiasan rumah

Lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum hadir meraikan sambutan Deepavali peringkat Selangor di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober.

Majlis dirasmikan Dato’ Menteri Besar itu dimeriahkan dengan pelbagai pengisian antaranya persembahan kebudayaan dan sajian makanan tradisional masyarakat India.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga menyampaikan bantuan yuran pengajian institut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta bagi pelajar komuniti India B40 berjumlah RM1.54 juta.

Turut diserahkan, bantuan membaik pulih infrastruktur sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) (RM5 juta), peralatan usahawan India Selangor (I-Seed) (RM1 juta) selain peruntukan kepada rumah ibadat (kuil).

Hadir sama, isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad, EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim, EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail, EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin dan Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau.

Sebagai persiapan menyambut Deepavali, kawasan Little India, Klang dan Little India Brickfields, Kuala Lumpur sering menjadi tumpuan masyarakat India untuk mendapatkan barangan dan pakaian baharu.

Jurufoto AHMAD ZAKKI JILAN, NUR ADIBAH AHMAD IZAM, FIKRI YUSOF, REMY ARIFIN dan HARUN TAJUDIN merakamkan sebahagian kemeriahan sambutan itu dan kerenah orang ramai membeli-belah untuk menyambut Deepavali pada 31 Oktober. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

Pengunjung memilih hiasan lampu di sebuah gerai pada 26 Oktober, pelbagai jenis rekaan lampu boleh dipilih pembeli di Little India Brickfields
EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak ketika sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober
Orang ramai beratur mendapatkan cendol dalam program sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober
Ibu dan anak ini memilih kurta baharu di Little India, Klang pada 26 Oktober sebagai persiapan menyambut perayaan
Petugas pusat beli-belah, Central i-City Shah Alam pada 24 Oktober memeriksa replika patung gajah sebagai persediaan acara ‘Symphony of Colours’, sambutan Deepavali di situ
Guru tadika di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh, Angeline Dass menampal lukisan lampu yang dihasilkan pelajar di papan kenyataan sekolah pada 25 Oktober
Setiap kali sambutan Deepavali, S Elilarasi, 24, akan membuat biskut kacang diwarisi dari ibunya di Taman Desa Coalfields, Sungai Buloh pada 26 Oktober
Ramandim menjual pelbagai jenis manisan untuk dipilih pengunjung di Brickfields pada 25 Oktober
S Kalaiarasshi, 21, menggantung hiasan bunga bertali pada pintu masuk rumahnya di Taman Desa Coalfields, Sungai Buloh pada 26 Oktober
Sharmela Permal, 32, menggunakan perkhidmatan henna serendah RM10 di Little India Brickfields, pada 26 Oktober
Pengunjung memilih hiasan kertas yang banyak dijual di Little India Klang pada 26 Oktober, ia digunakan mereka untuk menghias rumah

Pengarang :