Jamaliah Jamaluddin (tengah) ketika merasmikan jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Selangor di KSL Esplanade Mall pada 27 Oktober 2024. Foto JKNS
EXCOSELANGOR

Lebih setengah juta hidap penyakit tidak berjangkit, masyarakat diseru jaga kesihatan

SHAH ALAM, 30 OKT: Masyarakat diseru mengamalkan gaya hidup sihat dan perkukuh imuniti badan bagi mengelak masalah kesihatan.

EXCO kesihatan berkata tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 mendapati lebih daripada setengah juta golongan dewasa negara mempunyai empat penyakit tidak berjangkit kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan obesiti.

“Daripada data tersebut, 15.6 peratus menghidap kencing manis manakala 84 peratus berusia 18 hingga 29 tahun mempunyai kencing manis.

“Dalam pada itu, 29.2 peratus mempunyai darah tinggi selain dan penyakit obesiti turut merekodkan peningkatan kepada 54.4 peratus berbanding 2021 iaitu 50.1 peratus.

“Sehubungan itu, masyarakat perlu mengamalkan budaya hidup sihat yang konsisten dan memperkukuh imuniti badan bagi mencegah penyakit selain makan secara sihat, tidak merokok serta memupuk minda sihat,” kata Jamaliah Jamaluddin.

Terdahulu, beliau merasmikan jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Selangor di KSL Esplanade Mall baru-baru ini.


Pengarang :