Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama ketika majlis perasmian Pemukiman Kesatuan Penghulu / Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Kali Ke4 di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 25 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Pemimpin masyarakat perlu tangkas, adaptasi perubahan seiring teknologi

KLANG, 25 OCT: Penghulu, ketua kampung dan penggawa perlu bersikap fleksibel serta tangkas dalam menyesuaikan diri dengan perubahan susulan perkembangan pesat kemajuan teknologi masa kini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata institusi pemimpin masyarakat itu perlu fleksibel dan cepat mengadaptasi perubahan bagi memastikan peranannya kekal relevan dalam masyarakat.

“Penghulu perlu menguasai maklumat terkini untuk menjadikan mereka berfungsi dalam masyarakat, bersedia untuk belajar serta beradaptasi dengan perubahan bagi memastikan mereka dapat membantu kerajaan dalam melaksana dasar dan keputusan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis perasmian Pemukiman Kesatuan Penghulu / Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Kali Ke4 di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 25 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Pantasnya perubahan berlaku, jika tidak cakna dan bermusuhan (dengan perubahan) kita akan terus tertinggal dan kesannya bukan hanya kepada diri sendiri tetapi organisasi atau institusi ini.

“Inistitusi penghulu dan penggawa ini mempunyai sejarah sangat panjang. Contohnya di Selangor suatu masa dulu, penghulu yang dilantik ini merupakan antara ejen perhubungan penting dengan kerajaan di bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku pada waktu itu menunjukkan betapa pentingnya peranan mereka,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Pemukiman Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Kali Ke-4 di sini yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Dalam pada itu, Amirudin berkata mengambil kira peranan dan fungsi institusi pemimpin masyarakat itu dalam negara, wajar untuk penggredan dan perjawatan mereka dinaikkan dan beliau sedia membawa perkara itu dalam parlimen.

“Fungsi dan peranan mereka sangat besar, kompleks dan sangat rumit dalam masyarakat. Harus difikirkan mengenai posisi dan jawatan gred yang lebih baik dengan pengubahan dan penggajian (sesuai dengan kompleksiti) tanggungjawab mereka dalan masyarakat,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika Pelancaran Logo SUKPEM sempena majlis perasmian Pemukiman Kesatuan Penghulu / Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Kali Ke4 di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 25 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Beliau dalam pada itu berkata peruntukan RM600 juta yang diperuntuk kerajaan dalam Belanjawan 2025 bagi merancakkan ekonomi desa di kampung, bandar pedalaman serta perkampungan Orang Asli menunjukkan komitmen jitu kerajaan memberdaya institusi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 berkata peruntukan itu bagi merancakkan ekonomi pedesaan di kampung, bandar pedalaman serta perkampungan Orang Asli.

Kerajaan turut memperuntuk RM200 juta bagi memperluas program Kampung Angkat MADANI di 200 kampung seluruh negara selain RM100 juta kepada universiti awam untuk melaksanakan program berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cenderahati kepada wakil kontinjen ketika majlis perasmian Pemukiman Kesatuan Penghulu / Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Kali Ke4 di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 25 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Persembahan tarian kebudayaan oleh penari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Selangor ketika majlis perasmian Pemukiman Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Kali Ke4 di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 25 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Pengarang :