EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim ditemu bual di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Selangor sasar semua PBT capai taraf lima bintang, kekal prestasi baik

SHAH ALAM, 29 OKT: Kerajaan Negeri akan memastikan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) mencapai taraf lima bintang bagi Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) dilaksana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim berkata ia membabitkan semua aspek termasuk lima bintang daripada segi perkhidmatan, tahap kepuasan pengguna dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Semua PBT di Selangor berusaha mencapai penarafan lebih tinggi, memang (kadangkala) ada turun naik disebabkan isu tertentu seperti ketelusan, rasuah mahupun isu-isu terpencil.

“Namun saya yakin PBT di Selangor mampu mengekalkan prestasi baik dan pada masa sama dapat tingkatkan penarafan itu ke arah lima bintang,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Menteri KPKT berkata sebanyak 12 PBT telah dijatuhkan taraf Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) selepas elemen antirasuah dimasukkan dalam sistem penilaian itu yang bermula tahun ini.

Nga Kor Ming berkata elemen itu dimasukkan bertujuan memastikan negara ini dapat melonjak daripada kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah selari dengan Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028.


Pengarang :