Kerja pembersihan tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) kira-kira jam 4.15 pagi pada 5 Oktober 2024. Foto Facebook Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Selangor
AGENSI

Tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap, kerja pembersihan selesai

SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) kira-kira jam 4.15 pagi tadi.

Kerja pembersihan runtuhan membabitkan kawasan sepanjang kira-kira 20 meter selesai dan laluan dibuka kepada pengguna jam 7.15 pagi.

“Pasukan bencana kami sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu. Laluan boleh dilalui,” katanya menerusi hantaran di Facebook.


Pengarang :