Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINII
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Teratai, Sementa antara empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah esok

SHAH ALAM, 23 OKT: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi esok.

Bermula 10 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang berakhir 1 tengah hari itu turut menawarkan ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut lokasi JER esok:

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini. Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

PKPS juga melancarkan Pasar Raya Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah. Pasar raya itu bakal diperluas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di Taman Subang Baru, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :