SHAH ALAM, 10 NOV: Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 3,000 individu.
Pengarah pembangunan komunitinya Shahrin Ahmad berkata semua peserta menyertai acara larian sejauh lima km mengelilingi pusat bandar.
“Ini merupakan acara bulanan antara majlis dengan masyarakat. Selain beriadah dan bersenam, program juga dapat menjaga kualiti alam sekitar.
“Program ini memberi manfaat besar dan akan diteruskan dengan pelbagai laga acara selingan yang menarik,” katanya ketika ditemui hari ini.
Berlangsung di Dataran Kemerdekaan, program berkenaan turut menyerahkan sumbangan bakul makanan dari MBSB Bank kepada 100 penduduk kurang mampu.
“Penerima mendapat barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, susu, tepung dan sardin bernilai RM100,” katanya.