Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) mewakili Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj menyerahkan sumbangan katil pesakit dan kerusi roda kepada Muhammad Syahran yang patang tulang rusuk dan pinggul di kediamannya di Taman Maznah, Klang pada 9 November 2024. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj
ADNSELANGOR

ADN Sentosa sumbang katil pesakit, kerusi roda, ringan beban mangsa kemalangan

SHAH ALAM, 11 NOV: Seorang mangsa kemalangan yang patah tulang rusuk dan pinggul menerima katil pesakit dan kerusi roda sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Sentosa.

Wakil rakyatnya Dr G Gunaraj berkata sumbangan kemudahan itu bagi memudahkan proses pemulihan mangsa dan meringankan beban keluarga berkenaan.

Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kumpulan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) mewakili saya bersama beberapa yang lain membuat ziarah medik ke rumah Muhammad Syahran di Taman Maznah, Klang.

“Keluarga ini sedang mengalami saat sukar kerana mangsa merupakan pencari pendapatan utama keluarga ini,” katanya di Facebook.

Menurutnya sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat Sentosa itu diharap memberi kesan positif kepada kehidupan mangsa dan keluarga.

“Kami berharap keluarga ini tabah menghadapi cabaran ini,” katanya.


Pengarang :