SHAH ALAM, 12 NOV: Fenomena air pasang besar, hujan serta ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan sekitar Kuala Langat selama lima hari bermula Khamis.
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan paras air pasang diramal setinggi 5.5 meter berdasarkan laporan Stesen Pelabuhan Klang.
“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dan teliti dengan keadaan alam sekeliling.
“Patuhi arahan pihak berkuasa dan simpan nombor talian kecemasan daerah Kuala Langat,” katanya menerusi Facebook.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat boleh hubungi Talian Pantas MPKL 012-300 4256 atau Talian Aduan MPKL 012-300 4130.