Anggota pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang baharu tiba di Lubnan bagi menyambung misi pengaman terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu pada 7 November 2024. Foto BERNAMA X
AGENDANASIONAL

Anggota MALBATT 850-12 baru tiba di Lubnan dikhuatiri cedera terkena serpihan letupan

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang baharu tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu kira-kira 2 petang waktu tempatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa satu kenyataan media daripada Markas Angkatan Tentera Bersama akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika anggota kumpulan pertama MALBATT 850-12 dalam perjalanan ke kem tugasan sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan beberapa anggota mengalami kecederaan.

Semalam, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat ke Lubnan, bermula semalam hingga 18 November ini.

– BERNAMA


Pengarang :