Suasana sekitar pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Annex, Shah Alam pada 10 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Belanjawan negeri Jumaat ini, tonton siaran langsung di Media Selangor

SHAH ALAM, 11 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentangkan belanjawan 2025 pada 15 November ini, jam 3 petang.

Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS), laporan berita boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor JournalSelangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil

Orang ramai juga boleh menonton siaran langsung menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.

Pembentangan juga disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.

Pada 30 Oktober, Dato’ Menteri Besar berkata belanjawan negeri tahun depan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini.

Amirudin berkata berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara sekali gus menjamin limpahan manfaat dinikmati rakyat.


Pengarang :