PBTSELANGOR

Hadiah wang tunai lebih RM6,000 menanti peserta program teroka warisan Batu Arang

SHAH ALAM, 4 NOV: Peserta program Geopark Explorace: Teroka Warisan Batu Arang berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih RM6,000 pada 14 Disember depan.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan program anjuran bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dibuka untuk penyertaan sehingga 20 November ini.

“Alami sendiri keseronokan menjejak khazanah alam yang menakjubkan dan rasai keajaiban warisan Batu Arang.

“Ini peluang terbaik untuk menguji ketangkasan pasukan anda sambil menikmati keindahan semula jadi yang menakjubkan,” katanya menerusi Facebook.

Menurut MPS, penyertaan hanya terbuka kepada 50 kumpulan sahaja dengan yuran sebanyak RM200 untuk setiap kumpulan.

Tambah pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan, cabaran akan bermula jam 6.30 pagi hingga 5 petang selain program turut diserikan dengan hadiah cabutan bertuah.

Untuk maklumat lanjut hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS di talian 011-62222374 atau imbas kod QR yang tertera di poster.

 


Pengarang :