Acara perahu tradisional ketika majlis perasmian Karnival Ban Canal 2023 di Parit 14, Sabak Bernam pada 10 Disember 2023. Foto: FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Karnival Ban Canal Sabak Bernam mula 26 November, pelbagai aktiviti menarik disedia

SHAH ALAM, 6 NOV: Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Ban Canal 2024 di Ban Canal Parit 14, Simpang Lima Sabak Bernam, dari 26 November hingga 1 Disember.

Sepanjang enam hari penganjuran pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk saringan kesihatan percuma, jualan makanan dan minuman, larian bendang dan maraton kayak.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI selaku penganjur memaklumkan, aktiviti lain termasuk jualan hasil tani tempatan, konsert dan pertunjukan perahu naga dan tradisional.

“Seiring sasaran menjadikan Ban Canal sebagai destinasi ekopelancongan, variasi aktiviti dan program menarik menanti anda sesuai untuk pelbagai peringkat umur,” katanya di Facebook.

Menurut MBI lagi karnival itu anjuran bersama Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam sera strategik rakan iaitu Persatuan Kanu Selangor Scan.

Sebelum ini EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail berkata tahun lalu, karnival berkenaan berjaya menarik kehadiran 13,889 pengunjung.

Ekopelancongan ban canal antara 18 Projek, Program dan Inisiatif (PPI) yang didaftarkan di bawah Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA).


Pengarang :