Pengunjung membeli juadah Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras ketika tinjauan Media Selangor di Bazar Ramadan Saujana Utama, Kuala Selangor pada 4 April 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Permit bazar Ramadan, raya MPKS boleh dimohon mulai 15 November

SHAH ALAM, 10 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka permohonan permit bazar Ramadan dan bazar raya di 14 lokasi mulai 15 November ini.

Pihak berkuasa tempata itu memaklumkan permohonan dibuka secara dalam talian sehingga 22 November menerusi pautan ip3ks.mpks.gov.my

Menurutnya sebanyak 869 petak bazar Ramadan dan 316 petak bazar raya disediakan kepada peniaga tahun depan.

“Tapak perniagaan bagi bazar Ramadan ditawarkan pada harga bermula RM300 hingga RM400, manakala untuk bazar raya bermula RM200 hingga RM950.

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03-3289 1439 sambungan 184,” katanya di Facebook

MPKS memaklumkan, keutamaan diberikan kepada penjaja berlesen di tapak sedia ada, bergantung kepada kekosongan petak dan pemohon mestilah bebas daripada sebarang kompaun MPKS.

Peniaga juga digalakkan berdaftar dengan aplikasi perniagaan dalam talian Platform Selangor (PLATS) serta tambahan bayaran sebanyak RM60 bagi gerai air tebu dan air kelapa.


Pengarang :