SHAH ALAM, 11 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 3 petang.
Cuaca sama turut diramal melanda Labuan, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Sarawak dan Sabah.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.