AGENDAJENAYAH

Arak bernilai lebih RM200,000 dirampas, lelaki tempatan ditahan

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas 134 bungkusan arak dan dua tong pati arak seludup bernilai RM213,687 termasuk cukai menerusi tiga serbuan berasingan di Bukit Pasir dekat Muar Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata serbuan pada 6.45 petang itu turut membawa kepada penahanan lelaki tempatan berusia 39 tahun.

“Lelaki itu ditahan kerana dipercayai berperanan dalam memproses dan menjual arak tersebut.

“Polis merampas dua lori bernilai RM250,000, 134 bungkusan arak serta dua tong pati arak dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM544,227,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

– BERNAMA


Pengarang :