PBTSELANGOR

Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di SK Kota Kemuning esok

SHAH ALAM, 13 DIS: Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) beroperasi esok di Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning, Jalan Anggerik Aranda 31/8, Seksyen 31, di sini.

Majlis Bandaraya Shah Alam menerusi Facebook memaklumkan kaunter itu dibuka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

Pejabat bergerak itu merupakan platform disediakan MBSA untuk memudahkan pelanggan berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Antara kemudahan disediakan ialah perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan.


Pengarang :