SHAH ALAM, 13 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 1 pagi.
MetMalaysia di Facebook memaklumkan, keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Labuan, beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.