Aksi beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah tewas dalam aksi pembukaan kumpulan A kempen Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badmnton Dunia (BWF) di Hangzhou, China pada 11 Disember 2024. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM
AGENDASUKANKINI

Jelajah dunia akhir, Pearly-Thinaah tewas aksi pembukaan

SHAH ALAM, 11 DIS: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah tewas dalam aksi pembukaan kumpulan A kempen Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badmnton Dunia (BWF) di Hangzhou, China hari ini.

Pearly-Thinaah tewas kepada gandingan keempat dunia dari Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-13, 17-21, 18-21 dalam aksi yang berlangsung selama 74 minit

Gandingan negara yang menghuni ranking keenam dunia itu akan meneruskan perjuangan menentang pasangan India Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela pada aksi kedua peringkat kumpulan.

Dalam satu lagi aksi kumpulan A, pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Treesa-Gayathri 20-22, 22-20, 21-14 dalam tempoh 82 minit.


Pengarang :