Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi pembukaan Kumpulan B Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China pada 11 November 2024. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM
AGENDASUKANKINI

Jelajah dunia akhir: Tang Jie-Ee Wei mula langkah kanan, atasi Soon Huat-Shevon

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memulakan kempen Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badmnton Dunia (BWF) dengan langkah kanan setelah menewaskan rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi pembukaan Kumpulan B di Hangzhou, China hari ini.

Pada aksi berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu, kedua-dua gandingan menampilkan permainan seimbang pada awal permainan namun Tang Jie-Ee Wei lebih tenang untuk mengungguli set pertama 21-14 ke atas gandingan kesepuluh dunia itu.

Tumpas di set pembukaan, gandingan Soon Huat-Shevon bangkit bertenaga pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-10.

Bagaimanapun, mereka gagal mengekalkan rentak permainan di set penentuan sekali gus tumpas 14-21 ke atas beregu ranking kelapan dunia tersebut dalam pertarungan selama 50 minit.

Tang Jie-Ee Wei akan meneruskan perjuangan bertemu Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia, dalam aksi kedua Kumpulan B esok.

— BERNAMA


Pengarang :