Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima keris sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR
BERITA UTAMAPERSONALITIRENCANA

Junjung kasih, sultan berdaulat ibarat pohon buat rakyat berteduh

Kerajaan Negeri merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 11 Disember.

Berikut sembah ucapan pemimpin Selangor:

 

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim berucap ketika majlis Perhimpunan Penjawat Awam di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 8 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Patik mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku dan DYMM Tengku Permaisuri serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Patik dan seluruh penjawat awam negeri Selangor akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Dirgahayu Tuanku.

DATO’ SETIA HARIS KASIM
Setiausaha Kerajaan Negeri

Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Dato’ Salim Soib @ Hamid Foto Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor

 

Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku. Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah, patik memanjatkan setulus doa kehadrat Allah SWT agar DYMM Tuanku dilanjutkan usia dan senantiasa dalam keadaan sihat walaafiat memayungi Negeri Selangor Darul Ehsan dengan penuh kedaulatan dan kebesaran di bawah bimbingan wahyu Ilahi. Semoga pemerintahan DYMM Tuanku dirahmati dengan kesejahteraan dan kemakmuran.

DATO’ SALIM SOIB @ HAMID
Penasihat Undang-Undang Negeri

 

 

 

Pegawai Kewangan Negeri Selangor Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin Foto Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor

 

 

 

Patik sekalian merafak sembah, menjunjung kasih dan merakamkan sekalung tahniah atas sambutan keputeraan Tuanku yang ke-79. Patik doakan semoga Tuanku bersama Tengku Permaisuri dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda sentiasa di dalam kesejahteraan, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan dalam peliharaan Allah SWT serta dipermudahkan urusan duniawi dan ukhrawi. Daulat Tuanku.

DATO’ DR AHMAD FADZLI AHMAD TAJUDDIN
Pegawai Kewangan Negeri

 

 

EXCO Pelaburan Ng Sze Han. Foto RADIN WAZIR

Menjunjung kasih Tuanku sempena hari keputeraan DYMM Sultan Selangor. Patik amat bersyukur dan berbangga atas kepimpinan Tuanku yang sentiasa dekat di hati rakyat. Semoga Tuanku terus diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan rahmat yang berpanjangan. Daulat Tuanku!

NG SZE HAN
EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti

 

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim. Foto RADIN WAZIR

Patik mewakili seluruh rakyat, kepimpinan serta pentadbiran merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih buat DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Ulangtahun Keputeraan ke-79. Patik dan seluruh rakyat jelata amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya rakyat sekalian dinaungi kedaulatan Tuanku Sultan. Tuanku ibarat pohon yang rendang dan teguh menjadi tempat kami sekalian rakyat berteduh dipayungi kebijaksanaan pemerintahan Tuanku.

DATO’ IR IZHAM HASHIM
EXCO Infrastruktur dan Pertanian

EXCO Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah. Foto RADIN WAZIR

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kebawah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-79.
Semoga Allah Taala lanjutkan usia Tuanku serta memberkati pemerintahan Tuanku.

DATUK BORHAN AMAN SHAH
EXCO Perumahan dan Kebudayaan

 

EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas LIMAS, Ng Suee Lim. Foto RADIN WAZIR

 

Sembah tahniah dan ucap selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-79. Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala kewibawaan, kebesaran, kehormatan dan kemuliaan. Daulat Tuanku.

DATO’ NG SUEE LIM
EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan

 

EXCO Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi, Perpaduan Nasional, Datuk Rizam Ismail. Foto RADIN WAZIR

Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-79. Patik mendoakan semoga Baginda Tuanku Sultan sentiasa diberikan keafiatan yang baik untuk terus bersemayam di atas takhta Kerajaan Selangor dan menjadi payung yang menaungi seluruh warga rumpun Selangor.

DATUK RIZAM ISMAIL
EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna

 

 

EXCO Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau, Jamaliah Jamaluddin. Foto RADIN WAZIR

Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Patik mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-79. Patik memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Tuanku dan Tengku Permaisuri dilanjutkan usia, dianugerahkan dengan kesihatan yang baik serta sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya.

Daulat Tuanku!

JAMALIAH JAMALUDDIN
EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar

 

EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana, Najwan Halimi. Foto RADIN WAZIR

Segala puji bagi Allah, patik rafakkan kesyukuran dan sembah tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku. Rakyat Selangor bertuah dapat bernaung di bawah pemerintahan DYMM Tuanku yang punyai hikmah dalam mentadbir maslahat masyarakat yang berbilang ras dan budaya.
Patik panjatkan doa semoga Tuanku berdua dilanjutkan usia zaman serta bersemayam di atas takhta dengan beberapa kemuliaan dan kesejahteraannya.

NAJWAN HALIMI
EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan

 

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Industri Halal, Infrastruktur Digital, Pembudayaan Sains, Teknologi, Inovasi (STI) Dr Fahmi Ngah. Foto RADIN WAZIR

Dengan kesempatan ini, patik ingin merafak sembah tahniah dan mengucapkan selamat kepada DYMM Sultan Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-79.
Semoga pemerintahan Tuanku terus diberkati, dilindungi Allah dan diberikan rahmat serta kemuliaan.
Patik juga mendoakan semoga Tuanku dan Tengku Permaisuri terus diberkati, dilindungi dan sentiasa diberikan rahmat serta kemuliaan oleh Allah SWT.

Daulat Tuanku

DR MOHAMMAD FAHMI NGAH
EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi

 

EXCO Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti, Pengerusi Bersama Jawatankuasa LIMAS, Papparaidu Veraman. Foto RADIN WAZIR

Patik merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah buat Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta segala daerah takluknya bersempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79.

Patik berdoa, semoga Tuanku sentiasa dipanjang umur dan diberikan kesihatan yang baik demi rakyat jelata di Selangor.

Patik juga mendoakan agar Tuanku dan Tengku Permaisuri, serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan seterusnya kepada puteri-puteri dan adinda-adinda tuanku, waris-waris serta kerabat diraja sekalian, semoga berada dalam keadaan kesejahteraan, dikurniakan taufik dan hidayah, serta senantiasa dalam perlindungan-Nya.

PAPPARAIDU VERAMAN
EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan

 

EXCO Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Ekonomi Penjagaan (CARE ECONOMY) Anfaal Saari. Foto RADIN WAZIR

Patik menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah bersempena Hari Keputeraan. Mudah-mudahan Tuanku dikurniakan hikmah untuk terus memimpin serta menaungi negeri yang penuh berkat ini, serta rakyat Selangor dengan keadilan dan saksama.
Patik bersama sekalian rakyat jelata akan terus menjunjung kasih dan memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku.

ANFAAL SAARI
EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat


Pengarang :