EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim ketika Fam Trip bersama pengamal media sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di Sekinchan, Sabak Bernam pada 14 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
EXCOSELANGOR

Kerja pembersihan seluruh Selangor dipergiat, masyarakat diseru jaga persekitaran

SABAK BERNAM, 14 DIS: Kerja pembersihan di seluruh Selangor terus dipergiat bagi memastikan tahap kebersihan meningkat dari semasa ke semasa.

EXCO kerajaan tempatan berkata kerja pembersihan akan dilaksana secara berkala oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM).

“Kerajaan Negeri ambil maklum teguran dan ingatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkaitan kebersihan khususnya di Klang. Saya akan pastikan PBT bersama KDEBWM laksana kerja pembersihan secara berkala dengan lebih baik.

“Pada masa sama, masyarakat perlu memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar termasuk tidak membuang sampah merata-rata tempat. Mereka harus ingat, bahawa kampung dan pantai tanpa masalah lebih indah,” kata Dato’ Ng Suee Lim.

Beliau ditemui pada program Fam Trip bersama pengamal media anjuran Pejabat EXCO Pelancongan dan Tourism Selangor di anjung utara Selangor.

Terdahulu, dalam program tersebut beliau turut merasmikan Funtasi Land yang dibuka di Pantai Redang, Sekinchan.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim mencuba buaian pusing selepas merasmikan Funtasi Land Sekinchan ketika Fam Trip bersama pengamal media sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di Sekinchan, Sabak Bernam pada 14 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Menerusi program selama tiga hari sejak semalam, pengamal media dibawa ke Sky Mirror, Kuala Selangor, Galeri Padi, Kapal Terbang Sekinchan dan Kelip-Kelip Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Minggu lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan dukacita dengan tahap kebersihan Bandaraya Diraja Klang yang masih kotor dan tidak teratur.

Sultan Selangor bertitah, walaupun pembangunan berkembang pesat, masih terdapat kawasan yang kotor termasuk sungai yang teruk tercemar dengan sampah sarap.

Baginda bertitah banyak menerima rungutan orang ramai terutama pelancong kapal persiaran yang memasuki Pelabuhan Klang dengan menyatakan pemandangan di sana dan Klang begitu tercemar dan menjijikkan.

Pengunjung teruja melihat pelbagai jenis bunga di Butterfly Wonderland In The Sky di Sekinchan, Sabak Bernam pada 14 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Pengarang :