Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan barisan pimpinan negeri bergambar bersama sebahagian tetamu rumah terbuka sambutan perayaan Krismas peringkat Selangor di Dataran Bandar Sunway, Subang Jaya pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Krismas peringkat Selangor

SUBANG JAYA, 14 DIS: Lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan sambutan perayaan Krismas dan rumah terbuka peringkat Selangor.

Bertempat di Dataran Bandar Sunway, acara yang membuka tirai dari 6.30 petang hingga 10.30 malam disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pada majlis itu, pengunjung disajikan dengan lebih 20 hidangan tempatan dan antarabangsa yang disediakan Hijrah Selangor dan Platform Selangor (PLATS) secara percuma.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik antaranya termasuklah persembahan bahasa isyarat oleh Acts Church, tarian rebana, nyanyian karol (caroling) dan harmonika oleh NLCC.

EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim merakam gambar bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta pimpinan Kerajaan Negeri ketika majlis rumah terbuka sambutan perayaan Krismas peringkat Selangor di Dataran Bandar Sunway, Subang Jaya pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, Tourism Selangor dalam kenyataan memaklumkan sempena sambutan perayaan itu, Kerajaan Negeri menyumbang RM32,000 kepada lima persatuan bagi mengukuhkan komitmen dalam memupuk sokongan dan kerjasama antara rakyat.

Agensi menjelaskan pentadbiran negeri juga merancang untuk melancarkan satu siri program dan inisiatif di setiap daerah bertujuan menyatukan masyarakat berbilang budaya di negeri ini.

“Usaha ini sebagai inisiatif menggalakkan kerjasama, persefahaman dan memastikan Selangor terus berkembang maju sebagai mercu tanda perpaduan dan kekayaan budaya,” kata agensi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penerima bantuan kewangan rumah ibadat ketika majlis rumah terbuka sambutan perayaan Krismas peringkat Selangor di Dataran Bandar Sunway, Subang Jaya pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :