Wakil belia ketika menjayakan Lawatan Penanda Aras PeBS MPAJ: Membina Jaringan Belia Malaysia dan Indonesia di Malioboro, Yogyakarta, Indonesia pada 12 Januari 2024. Foto PeBS MPAJ
PBTSELANGOR

Belia Selangor kongsi idea perkasa program anak muda di Indonesia

SHAH ALAM, 14 JAN: Penggerak Belia Selangor (PeBS) dari dua pihak berkuasa tempatan mengadakan pertemuan dengan wakil belia Indonesia bagi berkongsi idea memperkasa program anak muda.

PeBS Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan seramai 23 wakilnya dan empat dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berbincang penghasilan program yang memberi kesan mendalam kepada anak muda dalam politik kemajuan multimedia.

Program yang berlangsung pada 10 hingga 12 Januari lalu di Malioboro, Yogyakarta membincangkan program keusahawanan dan pemeliharaan warisan sejarah Kota Gede selain resepi kejayaan perusahaan perak.

“PeBS MPAJ juga dijemput ke Universitas Gadjah Mada (UGM) untuk Program Inspirasi Pemuda Lintas Negara Bersama Penggerak Belia Selangor.

“Program anjuran Gapapa Project dan GIK UGM ini diadakan bicarawara bertajuk Revolusi Politik Berakar Umbi Dalam Empati dan Neurosains,” maklumnya dalam kenyataan.

Program serumpun rentas negara itu dijayakan oleh Arie Yudistira Ishaq dari Indonesia manakala wakil Malaysia terdiri daripada Sheikhul Al Aziz dan Ruben Raj (PeBS MPAJ) serta Afif Abdullah (PeBS MBSA).


Pengarang :