Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan rondaan di kawasan yang dinaiki air ketika tinjauan di Bandar Kota Tinggi pada 10 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Johor kembali bah, 355 mangsa dipindah ke lapan PPS

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Johor kembali dilanda banjir dengan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata 355 mangsa daripada 124 keluarga terjejas akibat bencana itu ditempatkan di PPS berkenaan setakat 10 malam tadi.

“PPS yang diaktifkan ialah Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota, Sekolah Rendah Agama Bersatu (SRAB), Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana, SK Bandar Penawar 1, Dewan Kampung Makam, Dewan Kota Kechil dan SK Teluk Ramunia.

“Empat sungai dilaporkan berada pada paras bahaya, iaitu stesen Sungai Skudai di Kampung Laut (4.16 meter) dan Sungai Tebrau di Taman Sri Pandan (2.51 meter) di Johor Bahru; Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil (2.63 meter), Kota Tinggi; serta Sungai Paya Dato di Mersing dengan bacaan 2.32 meter.

Beliau berkata keadaan cuaca di lapan daerah di Johor diramalkan hujan kecuali Mersing dan Tangkak yang dijangka mendung malam ini.

– BERNAMA


Pengarang :