Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan Ehsan Rahmah 2025 buka tirai hari ini, tawar 12 produk murah

SHAH ALAM, 13 JAN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) 2025 kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuka tirainya hari ini di lima lokasi.

Bermula 10 pagi, pengunjung berpeluang membeli ayam RM12 seekor, daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Program jualan murah barangan dapur yang berakhir 1 tengah hari turut menawarkan produk baharu sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Berikut senarai lokasi JER:

Belanjawan 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER tahun ini, sekali gus membuktikan tekad pentadbiran negeri meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah.

JER dijadual berlangsung di lebih 1,700 pada termasuk jualan mega semasa musim perayaan dinaikkan dari dua kepada enam kali tahun ini.

Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR

PKPS juga melancarkan Pasaraya Ehsan Mart di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Pandan Indah. Pasar raya yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah akan diperluas ke 10 lagi cawangannya di DUN lain tahun ini.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :