SHAH ALAM, 17 JAN: Hujan lebat diramal melanda Klang dan Kuala Langat hingga 8 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Agensi itu mengeluarkan amaran sama di Labuan selain beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menjelaskan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.