Gambar hiasan. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDAJENAYAH

Mayat bayi perempuan bertali pusat ditemui dalam kawasan surau

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Mayat bayi perempuan ditemui berhampiran Surau Al-Hidayah di Kampung Melayu, Rawang, Selangor petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 2.30 petang di dalam kawasan surau.

“Siasatan awal mendapati bayi terbabit berpakaian putih dengan perkataan ‘Pureen’ dan dibalut selimut. Bayi itu masih mempunyai tali pusat yang belum dipotong.

“Tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama bayi berkenaan,” katanya melalui kenyataan hari ini,lapor Berita Harian.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara rahsia.

Noor Ariffin menggesa individu mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh hubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Khatijah Ibrahim di talian 010-9073483 atau bilik gerakan polis daerah Gombak di 03-61262222,” katanya.


Pengarang :