Foto Facebook Football Association of Malaysia
AGENDASUKANKINI

Naib presiden bakal pimpin FAM, keputusan pemilihan 15 Februari

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub semakin hampir untuk memimpin badan induk itu.

Ia susulan Mohd Joehari bakal diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden FAM selepas menjadi calon tunggal yang layak untuk menggantikan tempat Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Ia diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Profesor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, dalam satu kenyataan hari ini,lapor Berita Harian.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram pula bakal mengekalkan kedudukan mereka di kerusi nombor dua itu.

Mohd Yusoff dan Sivasundaram yang menjadi dua calon bagi merebut dua jawatan itu juga bakal diumumkan menang tanpa bertanding pada kongres pemilihan, 15 Februari depan.

Pertandingan merebut jawatan barisan kepemimpinan baharu FAM bagi penggal 2025-2029 hanya bakal disaksikan untuk kerusi Naib Presiden dan EXCO.


Pengarang :