Duta Platform Selangor (PLATS) mempromosi insentif ditawarkan kepada peniaga ketika Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Peniaga sekitar Klang dipelawa sertai program celik digital percuma

SHAH ALAM, 10 JAN: Peniaga sekitar Klang dipelawa menyertai program pembangunan Usahawan Platform Selangor (U-PLATS) Digital siri dua pada 14 Januari.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan program bimbingan secara percuma itu bertujuan meningkatkan literasi keusahawanan berasaskan digital.

Menurut MBDK, program dijadual berlangsung di Auditorium MBDK, Bukit Raja, Klang mulai 9.30 pagi hingga 2.30 petang dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/PX5CoQhuybNp9WKy8.

“Daftar segera program U-PLATS Digital Siri Dua sekiranya anda usahawan MBDK yang ingin tingkatkan literasi keusahawanan berasaskan digital.

“Antara perkongsian program termasuk mengenai pendaftaran akaun Tiktok, pendaftaran Google My Business dan ilmu asas keusahawanan,” katanya di Facebook.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, peserta turut berpeluang mendapatkan mendapat peranti sistem POS (point of sale) (sistem titik jualan) secara percuma.

Sebelum ini, Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata lebih 500 peniaga menerima manfaat U-PLATS Digital, sejak 2023 hingga akhir November lalu.

Menurut Ahmad Azri Zainal Nor di bawah U-PLATS Digital, peniaga mengikuti tiga modul melibatkan transaksi perniagaan, kewujudan digital perniagaan serta kandungan dan promosi perniagaan.

U-PLATS adalah program latihan perniagaan di bawah PLATS merangkumi tiga fasa utama iaitu U-PLATS Digital, U-PLATS Halal dan U-PLATS Expand.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2025 berkata menerusi U-PLATS Expand kerjasama bersama Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) akan dilaksana.

Peniaga yang telah dilatih di fasa satu (U-PLATS Digital) dan dua (U-PLATS Halal) yang memenuhi syarat kelayakan akan dibimbing untuk mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

 


Pengarang :