Pejuang pemberontak meraikan kejayaan menguasai bandar utama di Syria yang membawa kepada kejatuhan Presiden Bashar al-Assad pada 7 Disember 2024. Foto Facebook AFP News Agency
AGENDAGLOBAL

Pesawat bawa 36 tan bantuan makanan Qatar tiba di Damsyik

ISTANBUL, 13 JAN: Sebuah pesawat bantuan Qatar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada Isnin, membawa 36 tan bekalan makanan sebagai sebahagian daripada respons kecemasan udara Qatar, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Menurut agensi berita Syria (SANA), penghantaran bekalan makanan itu, yang disediakan oleh Dana Qatar untuk Pembangunan, termasuk 360 bakul makanan dan 10 tan tepung.

Bashar al-Assad, yang memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan antirejim menguasai Damsyik pada 8 Dis, mengakhiri pemerintahan keluarganya selama beberapa dekad.

Pengambilalihan kepimpinan berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham menawan bandar utama dalam serangan kilat yang berlangsung kurang dua minggu.

Pentadbiran baharu yang diketuai Ahmed al-Sharaa kini mengambil alih pemerintahan.

– BERNAMA-AA


Pengarang :