SHAH ALAM, 11 JAN: Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal alami hujan lebat sehingga 12 tengah hari.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Kuala Lumpur turut dijangka alami keadaan sama.
Agensi itu di Facebook berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.