SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mempelawa orang ramai memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di pekarangan Tokong Fo Guang Shan Dong Zen Jenjarom pada 8 Februari depan.
Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan pelbagai program menarik disediakan dalam sambutan peringkat negeri itu yang bermula dari jam 5.30 petang hingga 11 malam.
Menurut MBDK, Kerajaan Negeri turut menyampaikan angpau kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun dan pemberian buah limau.
“Jangan lepaskan peluang untuk menikmati suasana perayaan yang penuh warna-warni, keunikan budaya, serta kemeriahan bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya.