Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM
AGENDASUKANKINI

Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke akhir, lawan beregu Korea Selatan esok

SHAH ALAM, 18 JAN: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke perlawanan akhir Terbuka India selepas menewaskan pemain tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, sebentar tadi.

Beregu ranking dua dunia itu menang 21-18, 21-14 dalam tempoh 38 minit.

Esok, Sze Fei-Nur Izzuddin akan berdepan juara Terbuka Malaysia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan, yang mengatasi Aaron Chia-Soh Wooi Yik 22-20, 21-19 dalam masa 42 minit.


Pengarang :