Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) bergambar bersama penerima dalam Program Back To School Pekawanis 2025 di Avani Gold Coast Resort, Sepang pada 9 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
AGENSISELANGOR

200 pelajar terima bantuan persekolahan daripada Pekawanis

Oleh UFAIRAH TARMIDZI

SEPANG, 9 FEB: Seramai 200 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) diraikan dalam Program Sumbangan Kembali Ke Sekolah anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad berkata program sumbangan itu bertujuan meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk membuat persediaan anak mereka ke sekolah.

“Kita mengumpulkan 200 pelajar dari 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di seluruh Selangor untuk menerima bantuan kelengkapan persekolahan seperti beg, alat tulis serta sumbangan wang tunai RM100 setiap seorang.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan ucapan dalam Program Back To School Pekawanis 2025 di Avani Gold Coast Resort, Sepang pada 9 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Semoga bantuan persekolahan ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk cemerlang dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui selepas Program Sumbangan Kembali ke Sekolah (Back to School) di Avani Gold Coast Resort, Sepang, hari ini.

Program kali ini melibatkan 11 kawasan di Selangor antaranya Parlimen Gombak, Shah Alam dan Hulu Langat serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib, Tanjung Sepat, Kinrara, Dengkil, Selat Kelang dan Batu Tiga.

Sebelum ini, Pekawanis memperuntuk RM130,440 untuk program Kembali Ke Sekolah tahun lalu yang memanfaatkan 860 pelajar seluruh daerah di Selangor dengan setiap seorang menerima RM150.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) menyampaikan sumbangan beg sekolah dalam Program Back To School Pekawanis 2025 di Avani Gold Coast Resort, Sepang pada 9 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) menyampaikan sumbangan beg sekolah dalam Program Back To School Pekawanis 2025 di Avani Gold Coast Resort, Sepang pada 9 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Pengarang :