AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, angin kencang babit enam negeri hingga 10 malam

SHAH ALAM, 15 FEB: Hujan lebat, angin kencang diramal berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 10 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa kawasan dekat Perak, Pahang serta Johor.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :